REFLEKSI

 




MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama, merupakan minggu dimana Semester 2 bermula bagi saya dan rakan-rakan seperjuangan sebagai pelajar Diploma in English Communication di KPM Indera Mahkota. Sebuah perjumpaan KOQ telah diadakan melalui kerjasama beberapa orang pensyarah yang terlibat dalam membahagikan pelajar-pelajar untuk diuruskan sepanjang melaksanakan tugasan yang terkandung dalam subjek ini. Hasil daripada pembahagian adalah kami, kelas DEC 2A dan DEC 2B diarahkan untuk berada dibawah bimbingan Sir Mazlan yang amat berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab. Kami telah mencatat nota berkenaan maklumat yang disampaikan oleh pensyarah bagi memudahkan kami untuk memahami tentang tugasan-tugasan yang bakal disiapkan. Sebagai usaha untuk menjimatkan masa, Sir Mazlan terus menyuruh kami mula membentuk kumpulan masing2 dan menyiapkan poster beserta storyboard tugasan blog kami. Kami mematuhi arahan dan menyiapkan tugasan yang diterima pada masa yang ditetapkan sebagai salah satu cara untuk mendisiplinkan diri kami.


MINGGU KEDUA

Pada minggu kedua, Sir Mazlan telah mengarahkan kami untuk membuat perjumpaan bagi memulakan latihan aerodance kami. Pada waktu ini, kami dikehendaki memilih beberapa jenis lagu untuk digunakan dalam aerodance kami mengikut had minimum dan maksimum masa yang ditetapkan iaitu 5 hingga 7 minit. Setelah sebulat suara memilih sebuah lagu, kami bercadang untuk terus mula membincangkan gerakan kami sebelum memilih lagu yang seterusnya bagi mengelakkan sebarang sifat melengahkan masa timbul dalam diri kami. Saya telah mencadangkan sebuah lagu untuk dipertimbangkan dan rakan-rakan saya juga menyuarakan pendapat mereka, kami membuat perbincangan yang menyeluruh dalam usaha menghasilkan hasil aerodance yang bagus. Sepanjang sesi ini berlangsung juga, Sir Mazlan tetap memantau setakat mana hasil yang telah disiapkan oleh kumpulan kami serta menasihatkan agar mula membuat blog. Hal ini telah memupuk nilai disiplin dalam diri saya untuk menepati masa dan tidak menangguhkan kerja.


MINGGU KETIGA

Pada minggu ketiga, latihan terus dijalankan seperti biasa dimana kami masih lagi membincangkan cara-cara untuk memperbaiki mahupun memudahkan lagi gerakan-gerakan yang telah sedia ada agar aerodance yang dihasilkan oleh kumpulan kami menjadi lebih seragam. Kami mula mengambil pendapat masing-masing sekali lagi tentang lagu yang sesuai untuk digunakan, namun lagu itu haruslah mempunyai gerakan yang mudah untuk ditiru dan di diubah sedikit mengikut kesesuaian dan kebolehan ahli kumpulan. Sir Mazlan mengarahkan kami untuk mempersembahkan gerakan aerodance kami dihadapannya di dewan besar KPMIM sebagai tujuan untuk memantau tahap kemajuan kumpulan kami. Setelah siap persembahan, kami lebih teliti dalam memperbaiki gerakan kami serta memendekkan sedikit masa yang diambil bagi setiap lagu untuk mengelakkan lagu yang sama digunakan dalam jangka masa yang terlampau lama, mewujudkan suasana yang membosankan. Oleh itu, hasil kerjasama ini berjaya menguatkan semangat berpasukan dan bergantung antara satu sama lain.


MINGGU KEEMPAT DAN KELIMA

Minggu keempat hingga kelima berlalu dalam masa yang amat singkat kerana tidak banyak perkara yang berlaku di minggu keempat, hanya beberapa perbincangan dan usaha memperbaiki gerakan yang sudah ada setelah salah seorang daripada ahli kumpulan kami telah pindah dari KPMIM kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tempat lain dalam bidang perubatan. Kami agak sedih disebabkan pemergian beliau selaku ketua kumpulan kami yang mempunyai pengalaman dalam bidang tarian, namun kami telah membuat keputusan untuk memilih ahli kumpulan yang lain sebagai ketua baharu kerana beliau juga mempuyai ilmu yang meluas dalam bidang tarian. Tanpa disedari, minggu kelima pun tiba. Saya dan ahli kumpulan dipanggil ke dewan besar KPMIM bersama kumpulan-kumpulan lain oleh Sir Mazlan kerana beliau ingin mengetahui setakat mana kemajuan gerakan aerodance kami serta sejauh mana blog yang sudah diterbitkan. Demi menjimatkan masa latihan aerodance bagi sesi tersebut, beliau memberikan masa untuk kami terus memperbaiki gerakan dan membuat persembahan dihadapan beliau sekali lagi untuk direkodkan sebagai kehadiran, seperti minggu-minggu sebelum ini. Sir Mazlan telah memberikan beberapa komen berunsurkan nasihat yang amat membantu kumpulan kami dalam memudahkan gerakan kami yang dilakukan dengan lagu baharu pilihan kami iaitu 'Chammak Challo' selama 3 minit. Selain itu, Sir Mazlan juga mengarahkan agar kami melengkapkan blog yang mengandungi biodata, poster, slides, video pembentangan, refleksi serta video kehadiran Tiktok. Kesemua hal ini diarahkan oleh Sir Mazlan untuk dilakukan mengikut ketetapan yang diberi olehnya bagi memendekkan tempoh menyiapkan tugasan KOQ ini dan memberikan saya dan rakan-rakan saya ruang untuk memberi tumpuan penuh dalam subjek-subjek lain dan juga peperiksaan final. 

Comments